Monday, December 14, 2009

Program Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat



muka saya masuk surat khabar oiiii.. siap dengan nama sekali...
program yang paling best tau..


Monday, November 30, 2009

Thursday, November 26, 2009

kenangan Di Bangku Sekolah SM. Teknik Matang



Gambar ni waktu depan bilik EXCO MPP depan dewan makan SMTM. Majoriti budak yang dalam gambar ni semua dah kawin.(gambar tahun 2001)



Bila tengok gambar ni teringat waktu zaman belajar dulu. waktu tu aku kurus sikit la..Hehehehe (aku pakai baju hitam tepi sekali). hope kalau jumpa nanti masing-masing boleh kenal lagi..biasalah masing-masing dah ada haluan sendiri

Thursday, August 20, 2009

Mohon Untuk Dijauhkan dari H1N1

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia

Menyebut tentang Penyakit H1N1 ini pasti ramai yang sudah tahu mengenainya. Wabak yang mula dikenali Sebagai Selsema Babi kemudian dikenali dengan Infulenza A(H1N1). Tapi sejauh mana pengetahuan kita mengenai Penyakit Atau Wabak ini. Sebelum ini Saya ada membuat sedikit tinjauan atau kajian sendiri mengenai kesedaran Orang ramai (kenalan dan ahli keluarga) mengenai Wabak Maut ini. dan hasilnya agak mengejutkan kerana masih ramai yang beranggapan bahawa penyakit ini tidak berbahaya sangat dan mengangap bahawa ia cuma bahaya kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik sahaja. saya inigin berkongsi sedikit la mengenai apa yang telah saya pelajari dari sesi taklimat mengenai H1N1 yang di sampaikan Oleh dokter di Pejabat saya.
wabak ini sebenarnya adalah amat Serius sekiranya tidak dirawat atau mendapatkan rawatan segera dengan Pengamal Perubatan yang bertauliah, wabak ini sebenarnya masih Berada diperingkat pertama pada waktu ini dan telah diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kesihatan kita bahawa kemungkinan Gelombang Kedua bagi wabak ini adalah pada bulan Oktober ini disebabkan oleh faktor cuaca pada bulan tersebut dijangka tengkujuh.
Marilah kita sama-sama pesan-berpesan dan ingat mengingati antara satu sama lain agar dapat mengurangkan atau menghapuskan sama sekali bilangan Mangsa yang dijangkiti atau mati akibat Wabak H1N1 ini.

Tuesday, April 28, 2009

HANYA KERANA NAFSU

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.



Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.



Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku. Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.



Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.



Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.



“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. “Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. “Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.



Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan. Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga. Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.



Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka. “Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. “Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya. Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta BAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.



Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula. Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.



“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih. “Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

(TEKS INI DI PETIK DARI BERITA HARIAN)

saya berharap agar genarasi muda hari ini akan lebih peka dengan keadaan ini agar kita generasi kita yang akan datang tidak lebih teruk daripada ini. generasi yang akan datang sudah pastinya adalah anak dan cucu cicit kita serta kaum kerabat kita sendiri.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengatasinya dan janganlah hanya bisa menunding jari kearah remaja dan generasi masa kini, ini kerana generasi masa kini lahir dari generasi yang Lepas...."lakukan sesuatu yang baik hari ini untuk mencapai yang lebih baik hari esok.."

salam...pujangga....

Monday, February 16, 2009

KeNaNgaN BerSama TrooPZ MeMbEr


Pada bulan Lepas, kami semua telah dijemput ke rumah Cik Marziah untuk makan-makan, tp bukan makan biasa cos keluarga dia buat kenduri Doa Selamat untuk dia yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Alhamdullilah Beliau dah sihat sekarang. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan baik. sebab itulah kita hari ini harus beringat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Perkara pertama: MUDA SEBELUM TUA
Perkara kedua : KAYA SEBELUM MISKIN
Perkara Ketiga : LAPANG SEBELUM SEMPIT
Perkara Keempat: SIHAT SEBELUM SAKIT
Perkara Kelima : HIDUP SEBELUM MATI

Yang baik itu datangnya dari Allah dan apa yang berlaku pada kita hari ini adalah satu ujian dan dugaan dari Allah s.w.t dan kita harus mencari makna di sebaliknya itu... tapi yang menariknya waktu datang Ke rumah Maziah ialah makanan yang dihidang oleh keluarga beliau memang sedap, antaranya ialah Laksa Serawak, sambal pecal (makanan orang Jawa), Dadih, nasi campur dan lauk pauk. bak kata orang serawak NYAMAN......hehehehehe



Tuesday, February 3, 2009

PELUANG KERJA KOSONG UTHM

Status: Sepenuh masa (Boleh memberi komitmen untuk 8 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu)

Kelayakan Akademik:Diploma/Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Elektronik.

Preferred Skill(s): PSpice /Tanner Tools/Sentaurus



Borang permohonan boleh diperolehi di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.

Warsuzarina Mat Jubadi
Ketua Penyelidik Vot 0559
Penyelidikan FRGS Fasa 1/2008


Usaha itu tanda kejayaan... kita cuba apply jak tapi biar mereka yang pilih k. hehehehe
selamat mencuba....

Wednesday, January 28, 2009

SaLaM PeRkENalaN DaRi MSI

Assalammualaikum w.b.t...dan salam sejahtera semua teman-teman

  1. Pada hari ini adalah hari yang paling bermakna padaku kerana hari pertama dapat aku menulis isi hati dan pandangan atau pendirian aku mengenai sebarang topik yang menarik.
  2. Sebelum ini aku hanya membaca dalam pelbagai ruangan dan Blog untuk menambah pengetahuan dan membaca pendapat orang lain mengenai pelbagai topik.
  3. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam proses pembikinan laman Blog ini..