Thursday, August 20, 2009

Mohon Untuk Dijauhkan dari H1N1

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia

Menyebut tentang Penyakit H1N1 ini pasti ramai yang sudah tahu mengenainya. Wabak yang mula dikenali Sebagai Selsema Babi kemudian dikenali dengan Infulenza A(H1N1). Tapi sejauh mana pengetahuan kita mengenai Penyakit Atau Wabak ini. Sebelum ini Saya ada membuat sedikit tinjauan atau kajian sendiri mengenai kesedaran Orang ramai (kenalan dan ahli keluarga) mengenai Wabak Maut ini. dan hasilnya agak mengejutkan kerana masih ramai yang beranggapan bahawa penyakit ini tidak berbahaya sangat dan mengangap bahawa ia cuma bahaya kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik sahaja. saya inigin berkongsi sedikit la mengenai apa yang telah saya pelajari dari sesi taklimat mengenai H1N1 yang di sampaikan Oleh dokter di Pejabat saya.
wabak ini sebenarnya adalah amat Serius sekiranya tidak dirawat atau mendapatkan rawatan segera dengan Pengamal Perubatan yang bertauliah, wabak ini sebenarnya masih Berada diperingkat pertama pada waktu ini dan telah diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kesihatan kita bahawa kemungkinan Gelombang Kedua bagi wabak ini adalah pada bulan Oktober ini disebabkan oleh faktor cuaca pada bulan tersebut dijangka tengkujuh.
Marilah kita sama-sama pesan-berpesan dan ingat mengingati antara satu sama lain agar dapat mengurangkan atau menghapuskan sama sekali bilangan Mangsa yang dijangkiti atau mati akibat Wabak H1N1 ini.

No comments: